+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK

PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak (Reg. No.3092-11-PRK) atau Rumah Nurul Iman adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengedalikan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman (JKM Reg. No. A/P JB KK 056/2022). Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ditadbir oleh satu jemaah jawatankuasa yang berkuasa menentukan perjalanan pertubuhan dan urus tadbir dan hal ehwal kewangan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman.

Bagi memastikan perjalanan kerja sosial Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak mencapai matlamat,segala urusan kerja sosial akan dijalankan mengikut dasar yang telah ditetapkan dan kehendak undang-undang Kerajaan Malaysia.

TENTANG KAMI

Rumah Nurul Iman akan memastikan setiap kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mendapat kasih sayang dan pemerhatian yang sewajarnya bagi memastikan kanak-kanak tersebut sentiasa merasakan diberi perhatian dan disayangPertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak (Reg. No.3092-11-PRK) atau Rumah Nurul Iman adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengedalikan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman (No.Pend. JKM A/P JB KK 056/2022).

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dengan aktif menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan Pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ditadbir oleh satu jemaah jawatankuasa yang berkuasa menentukan perjalanan pertubuhan dan urus tadbir dan hal ehwal kewangan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman. Sesuai dengan penubuhannya Rumah Nurul Iman sedia membantu kanak-kanak yatim , miskin dan terabai dari segi memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan.

Rumah Nurul Iman akan membantu semua kanak-kanak yatim dan miskin yang layak tidak mengira latarbelakang bangsa, pendidikan atau displin kanak-kanak tersebut sebelum anak-anak berkenaan diambil. Rumah Nurul Iman hanya akan menerima anak-anak yang berumur bawah 12 tahun kecuali keluarga berkenaan mempunyai abang atau kakak yang berumur lebih 12 tahun tetapi masih dibawah 18 tahun, maka semua mereka akan diterima masuk.

Rumah Nurul Iman menegah dan tidak mengamalkan kutipan derma apa juga kegiatan yang berbentuk kutipan derma atau penjualan barangan melibatkan kanak-kanak yang berada di bawah Pusat Jagaan. Rumah Nurul Iman akan memberi pendidikan akademik dan Pendidikan agama yang sebaiknya sehingga mendapat sekurang-kurangnya diploma dan akan memantau anak-anak ini sehingga berumur 21 tahun.

PENUBUHAN

Rumah Nurul Iman telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2000 dengan nama asal Yayasan Nurul Iman.

SEJARAH PENUBUHAN
Rumah Nurul Iman diasaskan oleh Encik Khairul Anuar Bin Mohmad Razi. Ditubuhkan dengan harapan dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, miskin, terabai dan teraniaya, dengan memberi tempat tinggal dan peluang mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Pada peringkat awal penubuhannya Rumah Nurul Iman ini dikendalikan oleh suatu jawatan kuasa . Jawatankuasa ini telah melantik En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi sebagai Pengurus/Penyelia asrama tersebut. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan pengendalian asrama tersebut kecuali dalam hal-hal yang berkaitan aset dan kewangan. Atas sebab-sebab tertentu pada tahun 2004 operasi telah berpindah ke Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said.

Pada penghujung tahun 2005 sekali lagi anak-anak ini dibawa berpindah, Penempatan baru ini terletak di Plot 359, Lorong Dato, Manjoi, Ipoh , Perak. Penempatan hanya mempunyai rumah sewa dua pintu yang disewa dengan kadar RM 200.00 sebulan. Dengan pendapatan peribadi yang tidak seberapa, En. Khairul Anuar telah berusaha keras untuk mengoperasikan penempatan tersebut dengan bantuan penduduk sekitar serta ADUN Manjoi ketika itu iaitu YB Dato’ Haji Nazri.
Bagi memperluaskan pembelaan anak-anak yatim dan miskin, Pada bulan Jun 2010 En. Khairul Anuar telah membuka sebuah lagi Pusat Jagaan (Cawangan) di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping yang menempatkan kanak-kanak lelaki sahaja tetapi telah ditutup operasi pada 1hb Semtember 2016 kerana tidak mendapat sokongan.

Dan pada 30 Jun 2011 PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK ditubuhkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan. Penubuhan ini adalah bagi melancarkan pentadbiran serta memenuhi syarat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada tahun 2021 Melalui Mesyuarat Agong En, Khairul Anuar telah menyerahkan kuasa Pentadbiran dan pengedalian Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman dan Pusat Jaggan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman kepada Bekas Anak Jagaan Nurul Iman sepenuhnya bagi meneruskan kelangsungan dan khidmat kebajikan Rumah Nurul Iman kepada golongan sasar.

PENGURUSAN

Rumah Nurul Iman diuruskan secara profesional oleh empat orang pegawai dan enam kakitangan sokongan.

Sumber Kewangan
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

Buat masa ini lebih kurang 10% kos operasi adalah dari sumber Pengasas pusat itu sendiri manakala selebihnya adalah bantuan dari orang ramai dan daripada persatuan atau pertubuhan lain.

Sejumlah Ringgit Malaysia Empat Belas Ribu Diperlukan pada setiap bulan untuk membiayai kos operasi Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman. Jumlah tersebut termasuk sewa tapak , gaji pekerja, makanan dan pendidikan.

MISI KAMI

Rumah Nurul Iman berazam memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Mewujudkan suasana seperti rumah dengan mengikuti jadual aktiviti harian yang selesa.

Mengamalkan sistem undian dikalangan anak-anak ini bagi mengetahui apa yang diperlukan dan yang disukai atau yang tidak disukai serta berbincang bagi mendapat kata sepakat.

Mengamalkan konsep berbincang atas segala permasalahan yang ditimbulkan atau masalah displin oleh mereka dan akan mendenda sekiranya perlu atau melakukan kesalahan berulang.

Memberi kelonggaran berhubung dengan masyarakat luar bagi tujuan tidak menyisihkan mereka. Memberi peluang menceburkan diri dalam aktiviti luar asrama seperti di sekolah atau yang dikendalikan oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan. Serta mengadakan aktiviti bersama seperti gotong royong, permainan dan sebagainya.

VISI KAMI

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak (Rumah Nurul Iman) ke arah sebuah Pertubuhan Kebajikan yang bertanggungjawab dan amanah di dalam kerja-kerja kebajikan kepada anak-anak yatim dan miskin tanpa mengabaikan apa-apa yang terkandung dalam Akta kanak-kanak 2001 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang paling selamat bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk mendapatkan perlindungan.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang menyediakan kemudahan yang lengkap bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan kepada IT dan sebagainya.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang berkeupayaan membentuk akhlak kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim khasnya bagi yang telah mengalami masalah displin atau yang telah terjebak dalam gejala sosial.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan intergrasi bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya terhadap permasalahan yang mereka alami serta membantu menyelamatkan mereka dari penderaan, pencabulan dan seumpamanya dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berusaha menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang mendapat pengiktirafan ISO.