+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

TAMPAL JALAN DAN PROSUDER OPERASI STANDART(SOP)

TAMPAL JALAN DAN PROSUDER OPERASI STANDART(SOP)

Berkenan perkara diatas pihak kami sedia maklum bahawa keprihatinan anak-anak Nurul Iman telah viral dan mendapat reaksi positif daripada netizen.

Kerja menampal jalan tersebut adalah tindakan spontan anak-anak Nurul Iman yang melihat seorang lelaki pertengahan umur telah jatuh terlanggar lubang tersebut yang jaraknya hanya 20 kaki dari PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN.

Untuk makluman semua, pihak kami amat menitikberatkan SOP yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). Walaubagaimanapun, anak-anak di PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN tidak diwajibkan memakai pelitup muka sesama mereka ketika di dalam pusat jagaan.

Keadaan mereka yang tidak memakai pelitup muka semasa menampal lubang tersebut adalah tindakan spontan anak-anak Nurul Iman keluar ke jalan hadapan pusat jagaan pada waktu itu dan pihak kami sedia maklum dan akan memastikan tidak akan berulang lagi.

Berkenaan dengan aktiviti menurap lubang tersebut, pihak Rumah Nurul Iman berterima kasih kepada pihak Lando Zawawi Brotherhood Malaysia kerana keprihatinan menurap tar di lubang tersebut.

Pihak kami juga ingin memohon maaf atas kecuaian SOP tersebut dan tidak melaporkan jalan yang rosak kepada pihak yang berwajib.

Segala KEPRIHATINAN,SOKONGAN dan SUMBANGAN anda semua amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian.Terima Kasih

“Bersama Beramal”

surat rasmi dari YANG DI PERTUA RUMAH NURUL IMAN

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of