PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
MISI

Rumah Nurul Iman berazam memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tidak  bernasib  baik  mendapat  pembelaan yang sewajarnya.

Mewujudkan suasana seperti rumah dengan mengikuti jadual aktiviti harian yang selesa.

Mengamalkan sistem undian dikalangan anak-anak ini bagi mengetahui  apa yang diperlukan dan yang disukai atau yang tidak disukai serta  berbincang bagi mendapat kata sepakat.

Mengamalkan konsep berbincang atas segala permasalahan yang ditimbulkan atau masalah displin oleh mereka dan akan mendenda sekiranya perlu atau melakukan kesalahan berulang.

Memberi kelonggaran berhubung dengan masyarakat luar bagi tujuan tidak  menyisihkan mereka.

Memberi peluang mencuburkan diri dalam aktiviti luar asrama seperti   di sekolah atau yang dikendalikan oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan.

Mengadakan aktiviti bersama seperti gotong royong, permainan dan  sebagainya.


DASAR PENDIDIKAN

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang telah mencapai umur 7 tahun akan dihantar ke sekolah bantuan penuh kerajaan.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kelas Fardu ain dan  Al-Quran yang diadakan di Asrama Nurul Iman dengan kekerapan lima hari  seminggu dan dua jam sehari oleh ustazah yang berpengalaman.

Cuba mendapat Pendidikan tambahan dengan menhantar ke Pusat Tuisyen atau mendapatkan tenaga pengajar sukarela.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kursus atau kem motivasi dengan kekerapan 2 kali setahun.

Bagi lepasan SPM pula akan dihantar ke pusat-pusat pengajian tinggi atau  kemahiran mengikut kelayakan masing-masing.


DASAR KESIHATAN

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan di hantar ke klinik milik kerajaan  atau hospital milik kerajaan apabila sakit atau kesihatan kurang memuaskan.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diperiksa pada setiap bulan bagi  mengesan jangkitan atau penyakit kulit seperti kurap, kudis buta, panau  dan sebagainya.

Semua Puteri Nurul Iman akan diberi ubat kutu pada setiap bulan sekiranya ada mengalami gejala tersebut.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diberi ubat cacing pada setiap  enam bulan sekali.

Semua cadar dan tuala akan dipastikan dibasuh pada setiap minggu bagi  mengelak jangkitan penyakit kulit.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan pemotong kuku dan dipastikan memotong kuku pada setiap minggu ( pengasuh akan memotong kuku bagi yang berumur bawah sembilan tahun ).

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan sabun mandian sabun basuh secukupnya bagi tujuan mandian dan membasuh pakaian ( bagi memastikan pakaian bersih mesin basuh telah disediakan dan pengasuh akan membantu membasuh pakaian bagi Putera dan Puteri yang  berumur 9 tahun ke bawah ).

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan ubat gigi serta berus gigi (pihak pengurusan amat jarang menghantar mereka bagi mendapatkan rawatan gigi kerana pihak kerajaan telah menyediakan  rawatan tersebut secara berjadual di sekolah).

Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan putik kapas dan dipastikan membersihkan dalaman telinga ( pengasuh akan membersihkan dalaman  telinga bagi Putera dan Puteri yang berumur di bawah 9 tahun).
DERMA SEKARANG
Select Language :
(Kemaskini 10/11/2018) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Bantu Kami
Bantuan Anda Amat Kami Perlukan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


Bookmark and Share
+605 526 0071
admin@nuruliman.org.my