PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
DERMA SEKARANG
Select Language :
PENUBUHAN


Rumah Nurul Iman telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2000 dengan nama asal Yayasan Nurul Iman.

SEJARAH PENUBUHAN

Rumah Nurul Iman diasaskan oleh Encik Khairul Anuar Bin Mohmad Razi. Ditubuhkan dengan harapan dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, miskin, terabai dan teraniaya, dengan memberi tempat tinggal dan peluang mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Pada peringkat awal penubuhannya Rumah Nurul Iman ini dikendalikan oleh suatu jawatan kuasa . Jawatankuasa ini telah melantik En. Khairul Anuar Bin Mohmad Razi sebagai Pengurus/Penyelia asrama tersebut. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan pengendalian asrama tersebut kecuali dalam hal-hal yang berkaitan aset dan kewangan.

Atas sebab-sebab tertentu pada tahun 2004 operasi telah berpindah  ke Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said.

Pada penghujung tahun 2005 sekali lagi anak-anak ini dibawa berpindah, kali ini atas sebab kegagalan Yayasan Nurul Iman membiaya kos operasi asrama dan permasalahan dengan tuan rumah yang disewa. Akibat terlalu kerap menghadapi masalah, maka En. Khairul Anuar telah tekad mengambil alih sepenuhnya operasi Asrama Nurul Iman dari Yayasan Nurul Iman serta Jawatankuasanya.

Penempatan baru ini terletak di Plot 359, Lorong Dato, Manjoi, Ipoh , Perak. Penempatan hanya mempunyai rumah sewa dua pintu yang disewa dengan kadar RM 200.00 sebulan. Dengan pendapatan peribadi yang tidak seberapa, En. Khairul Anuar telah berusaha keras untuk mengoperasikan penempatan tersebut dengan bantuan penduduk sekitar serta Adun Manjoi iaitu YB Dato' Haji Nazri.

Setelah besusah payah berusaha untuk membela anak-anak yatim dan miskin ini secara bersendirian termasuk memasak dan segalanya maka pada 9hb Oktober 2006 En. Khairul Anuar telah mendaftarkan dengan rasminya Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman yang dimiliki secara tunggal. Pada 12hb Oktober pula En. Khairul Anuar telah membuat akuan bersumpah bagi mengesahkan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma.

Bagi memperluaskan pembelaan anak-anak yatim dan miskin, Pada bulan Jun 2010 En. Khairul Anuar telah membuka sebuah lagi Pusat Jagaan (Cawangan) di Kampung Pinang, Kamunting, Taiping yang menempatkan kanak-kanak lelaki sahaja tetapi telah ditutup operasi pada 1hb Semtember 2016 kerana tidak mendapat sokongan.

Dan pada 30 Jun 2011 PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK ditubuhkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan. Penubuhan ini
adalah bagi melancarkan pentadbiran serta memenuhi syarat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(Kemaskini 10/11/2018) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Bantu Kami
Bantuan Anda Amat Kami Perlukan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


Bookmark and Share
+605 526 0071
admin@nuruliman.org.my