PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
DERMA SEKARANG
Select Language :
TENTANG KAMI


Rumah Nurul Iman akan memastikan setiap kanak-kanak yang berada di bawah  jagaan mendapat kasih sayang dan pemerhatian yang sewajarnya bagi memastikan kanak-kanak tersebut sentiasa merasakan diberi perhatian dan disayangPertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak  ( Reg. No.3092-11-PRK) atau  Rumah Nurul Iman adalah sebuah badan bukan kerajaan ( NGO ) yang mengedalikan  Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman  ( No.Pend. JKM A/P JB KK 041/2017).

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dengan aktif menjalankan  aktiviti memberi perlindungan,  pengasuhan dan Pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ditadbir oleh satu jemaah  jawatankuasa yang berkuasa menentukan perjalanan pertubuhan dan urus tadbir dan hal ehwal kewangan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman  .

Bagi memastikan perjalanan kerja sosial Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak mencapai matlamat, segala urusan kerja sosial akan dijalankan  mengikut dasar  atau SOP yang telah ditetapkan dan mengikut perkara-perkara yang termaktub dalam undang-undang Kerajaan Malaysia.

Sesuai dengan penubuhannya Rumah Nurul Iman sedia membantu kanak-kanak yatim , miskin dan terabai dari segi memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan.

Rumah Nurul Iman akan membantu  semua kanak-kanak yatim dan miskin yang layak tidak mengira latarbelakang bangsa, pendidikan atau displin kanak-kanak tersebut  sebelum anak-anak berkenaan diambil.

Rumah Nurul Iman hanya akan menerima anak-anak yang berumur bawah 12 tahun kecuali keluarga berkenaan mempunyai abang atau kakak yang berumur   lebih 12  tahun tetapi masih dibawah 18 tahun, maka semua mereka akan diterima masuk.

Rumah Nurul Iman  menegah  dan  tidak  mengamalkan  kutipan  derma apa juga  kegiatan  yang  berbentuk  kutipan derma atau penjualan baranganm elibatkan kanak-kanak yang berada di bawah Pusat Jagaan.

Rumah Nurul Iman akan memberi pendidikan  akademik dan Pendidikan agama yang  sebaiknya sehingga mendapat sekurang-kurangnya diploma dan akan memantau anak-anak ini sehingga berumur 21 tahun.
(Kemaskini 10/11/2018) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Bantu Kami
Bantuan Anda Amat Kami Perlukan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


Bookmark and Share
+605 526 0071
admin@nuruliman.org.my