PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Ya Allah, bagiMu pujian seluruhnya, bagiMu kesyukuran seluruhnya, bagiMu kekuasaan dan ciptaan seluruhnya, di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala urusan.

Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu segala pujian atasnya.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sabar, orang-orang yang bersyukur, dan jadikanlah kami, kecil pada pandangan mata kami dan besar pada pandangan mata orang lain.

Ya Allah, berkatilah pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatMu dan gandakanlah serta sempurnakanlah nikmat itu atas kami.

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami, dan perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi kami hari pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah penghidupan bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian ketenangan bagi kami dari segala kejahatan.

Ya Tuhan kami, mohon kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keagungan daripada apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) sifatkan, dan salam
sejahtera kepada para rasul sekalian. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
SENARAI NAMA DAN JUMLAH SUMBANGAN DI RUANG INI ADALAH BAGI TUJUAN REKOD DAN PENGESAHAN
RUANGAN INI AKAN DIKEMASKINI PADA HARI SABTU SETIAP MINGGU JIKA ADA SUMBANGAN
TARIKH MULA 25 MEI 2014  /  TARIKH AKHIR KEMASKINI : 08  DIS 2019
NAMA                                                         TARIKH                                      BENTUK WAKAF                                               JUMLAH WAKAF
PENYUMBANG                                         SUMBANGAN
1. TIADA                               
(Kemaskini 8/12/2019) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


Bookmark and Share
+605 526 0071
admin@nuruliman.org.my