+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

SELANGKAH KECEMERLANGAN

SELANGKAH KECEMERLANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Nurul Iman hari ini. Sekian lama menyepi dan kini tiba kembali untuk mengemaskini info-info yang terbaru dari Rumah Nurul Iman.

Baru-baru ini Majlis Anugerah Cemerlang diadakan di Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh Perak. Alhamdulillah, dengan usaha dan ketekunan anak-anak belajar, ada juga wakil dari Rumah Nurul Iman. Sekuntum bunga dan seekor kumbang. Sepasang la kiranya dan anak-anak ini umur pun sama 13 tahun.

Baiklah, jom kita berkenalan dengan anak-anak yang telah berjaya merangkul kecemerlangan baru-baru ini.

TAHNIAH AIMAN

Nama yang tertulis Muhammad Aiman Bin Amir Rosli. Berumur 13 tahun. Berasal dari Simpang Pulai. Seorang yang pendiam, kemas dan sangat rajin. Bagus budak Aiman ni, tidak pernah ada satu perkara pun yang boleh membuat penjaga-penjaga di sini naik darah dengan beliau. Semoga adik Aiman teruskan usaha dan lebih tekun lagi belajar supaya masa depan cerah secerahnya.

Baiklah kita teruskan dengan si adik manis kita pulak ye. Namanya panjang sangat. Ada keturunan raja-raja ke ni? eh eh ?

TAHNIAH IDA

Nama yang diberi Puteri Norlida Anessa Bin Abdul Rahim. Berumur 13 tahun. Asal Kuala Lumpur. Seorang yang periang dan peramah tapi sekali dia marah gunung berapi boleh meletus tau. Jangan main-main dengan adik Ida ni. Semoga terus maju jaya dan teruskan lagi usaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Biar sekarang tiada siapa yang memandang esok bila sudah berjaya semua akan mengaku keluarga. Biasalah kehidupan alaf baru. Yang berharta yang ada nama juga yang akan dipandang.

 

Tidak lupa juga kepada anak-anak yang lain. Tingkatkan usaha dan terus tekun lagi belajar. Jangan biarkan masa silam menghantui diri kita. Jangan biarkan diri kita terus tenggelam dengan kata-kata dusta orang lain. Biar apa orang nak kata asalkan kita tetap usaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Semoga terus maju anak-anak semua ya.

 

Sekian, Terima Kasih .

 

 

BERSAMA BERAMAL

 

LAMANWEB RASMI                                    AKAUN SUMBANGAN                                          HUBUNGI KAMI

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of