+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Vaksin Convid 19 Kepada Anak Anak Nurul Iman.

Vaksin Convid 19 Kepada Anak Anak Nurul Iman.

Assalamualaikum

Hari ini Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak memutuskan untuk menyahut saranan Kerajaan untuk bagi pemberian Vaksin Convid19 kepada Kanak-Kanak berumur 12 Hingga 17 Tahun.

Walaupun demikian Pihak Pertubuhan melalui Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman hanya bertindak sebagai penggalak dan menyokong Keputusan Waris Kanak-Kanak untuk pengambilan Vaksin tersebut. Ini bermaksud segala keputusan dan tandatangan kebenaran atau perrakuan berkenaan Vaksin Convid19 hanya akan dibuat oleh Waris Terdekat sahaja. Ini juga bermaksud segala keputusan Persetujuan atau Tidak Bersetuju tidak didalangi atau dipertanggungjawapkan kepada mana-mana Ahli Jawatan Kuasa dan Kakitangan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Nurul Iman.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman juga mengalakkan Semua Kakitangan Pusat Jagaan Nurul Iman untum menerima Vaksin Convid19. Dengan meletakkan segala keputusan Bersetuju atau Tidak Bersetuju atas hak setiap individu di Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman dengan tanpa sebarang syarat.

Bersama ini saya selaku YDP Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Jawatan Kuasa Pertubuhan dan Kakitangan Pusat Jagaan kerana dapat menjaga dan menjamin kesihatan anak-anak di pusat jagaan dengan baik dengan TIADA kes positif melibatkan anak-anak di pusat jagaan sejak pandemik ini melanda.

Kita Jaga Kita

Sekian

“BERSAMA BERAMAL”

Khairul Anuar Bin Mohmad Razi