+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19

Operasi, Lawatan Biasa dan Lawatan Hari Raya Dalam Tempoh Pewartaan PKP atau PKPD atau PKPB.

Assalamualaikum,

Bersesuaian dengan Arahan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, dari bermulanya pewartaan PKP sehingga kini Rumah Nurul Iman meneruskan operasi seperti biasa dan semua anak-anak kekal berada di Rumah Nurul Iman.

Berikutan pendemik Covid-19 yang masih belum reda, Pentadbiran Rumah Nurul Iman menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Tidak dibenarkan sebarang lawatan bagi tempoh pewartaan PKP atau PKPD.
  • Tidak dibenarkan lawatan berkumpulan melebihi dua orang bagi tempoh pewartaan PKPB, pengambilan suhu badan dan pemakaian penutup hidung dan mulut adalah diwajibkan bagi setiap pelawat.
  • Tidak dibenarkan menyetuh atau bersentuhan dengan anak-anak di Rumah Nurul Iman bagi tempoh pewartaan PKP atau PKPD atau PKPB.
  • Tidak dibenarkan menghantar makanan yang telah dimasak dalam tempoh pewartaan PKP atau PKPD atau PKPB.
  • Tidak dibenarkan pemberian DUIT RAYA secara terus kepada anak-anak Rumah Nurul Iman, DUIT RAYA tersebut perlu diserahkan kepada Pejabat Rumah Nurul Iman bagi tempoh pewartaan PKP atau PKPD atau PKPB.
  • Rumah Nurul Iman tidak menerima sebarang permohonan baru kemasukan kanak-kanak ke dalam jagaan bagi tempoh PKP atau PKPD atau PKPB kecuali dengan kebenaran JKM atau Makamah.
  • Rumah Nurul Iman tidak membenarkan sebarang pengambilan keluar atau keluar sementara anak-anak di bawah jagaan bagi tempoh pewartaan PKP atau PKPD atau PKPB kecuali dengan kebenaran JKM atau Makamah.

Pentadbiran Rumah Nurul Iman mengumumkan bahawa TIADA SEBARANG CUTI BALIK KAMPUNG kepada kesemua anak-anak dibawah jagaan Rumah Nurul Iman pada tahun ini. Sehubungan itu waris terdekat dibenarkan membuat lawatan pada hari raya kedua, ketiga dan keempat dengan tidak mengabaikan mana-mana satu langkah pencegahan di atas.

Bagi tempoh lawatan hari raya pihak pentadbiran Rumah Nurul Iman membenarkan lawatan dari pihak awam sepertimana tahun-tahun lepas dengan tidak mengabaikan mana-mana satu langkah pencegahan di atas.

Keperihatinan dan kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian

BERSAMA BERAMAL

Khairul Anuar Bin Mohmad Razi 
Yang Di-Pertua
Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak