+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Forum Rumah Nurul Iman

Forum Rumah Nurul Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Rumah Nurul Iman.

Terima kasih kerana setia membaca kisah-kisah kami di Rumah Nurul Iman.

Untuk posting kali ini adalah mengenai forum yang telah dilancarkan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin antara penghuni Rumah Nurul Iman dan orang ramai.

Secara amnya, program atau aktiviti yang dijalankan di rumah kami akan menyemai ukhwah antara anak-anak dan peserta namun ianya hanya 12jam, selebihnya hanya tinggal memori. Oleh sebab itu, Yang Di Pertua Rumah Nurul Iman Encik Khairul telah melancarkan satu forum online untuk anak-anak dan orang ramai terus berinteraksi dan berkomunikasi tanpa halangan.

Semakin moden teknologi, Semakin banyak cara untuk kita mengeratkan ukhwah yang terjalin.

Jangan malu, jangan segan untuk berbual bicara dalam forum rumah nurul iman kerana forum ini bebas bukan terikat dengan mana-mana protokol cuma ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sahaja.

Mari ramai-ramai join forum Rumah Nurul Iman dan post la, sembanglah, chatlah dengan anak-anak dan ahli yang ada dalam forum tersebut.

Forum Diskusi Nurul Iman

Sekian, Terima Kasih, Thank You, شكرا لك

LAMANWEB RASMI AKAUN SUMBANGAN HUBUNGI KAMI

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of