+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Musim Berkhatan

Musim Berkhatan

Musim cuti persekolahan sudah bermula, justeru bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Tidak terlepas dengan anak-anak kami di sini. Alhamdulillah, tahun ini anak-anak berkhatan dengan masyarakat luar. Seramai 4 orang kanak-kanak lelaki dari Rumah Nurul Iman menyertai program berkhatan beramai-ramai di Klinik Waqaf An-Nur, Masjid Al-Ittihadiah Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Berkhatan sesuatu yang menakutkan kanak-kanak lelaki dan di dalam Islam, berkhatan adalah amalan yang disyariatkan dan amat dituntut. Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada terhadap lelaki atau perempuan. Boleh nampak ketakutan di wajah anak-anak Nurul Iman. Tapi lepas je khatan.. Semua muka gembira sahaja. Kemungkinan tidak sakit. Tapi ada juga yang menjerit macam kena histeria.. 😛 Macam-macam karenah anak-anak Nurul Iman nak berkhatan kan. Tapi admin rasa, sama je mana-mana kanak-kanak lelaki kan, kalau sebut je berkhatan, muka kemain lagi cuak. 😀 Yang mana sudah pernah berkhatan tu, mula menyakat kawan-kawan kan. Tak baik tau buat kawan takut macam tu. hihi 😛

Di Rumah Nurul Iman, bagi anak-anak yang berkhatan, makanan serta kelengkapan lain semestinya istimewa dari anak-anak yang lain. Yang lain cemburu, tapi suruh berkhatan lagi sekali tak nak pula 😛 😛 hihi admin gurau je. Anak-anak yang berkhatan memang akan dipantau oleh warden dengan kerap ye supaya tidak ada apa-apa yang tak diingini berlaku.

Baiklah, admin beransur dulu ye. Jumpa lagi kawan-kawan 🙂

Sekian. Terima Kasih

Bersama Beramal

LamanWeb Rasmi Akaun Sumbangan Hubungi Kami

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of