+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

CUTI-CUTI NURUL IMAN

CUTI-CUTI NURUL IMAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PENGIKUT BLOG RUMAH NURUL IMAN. SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA DAPAT KITA BERTEMU KEMBALI DALAM TAJUK CUTI-CUTI NURUL IMAN.

Kali ini mengisahkan anak-anak yang tidak diambil warisnya dan yang sudah tiada waris bercuti ke PULAU PANGKOR. Alhamdulillah, dengan sumbangan orang ramai serta keprihatinan awak semua dapatlah kami membawa anak-anak ini ke sana untuk mengisi kekosongan hati yang sepi.

sudah siap untuk bertolak ke Pulau Pangkor

Seramai 7 orang anak-anak dan 3 orang staf pergi ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam.  2 kanak-kanak perempuan dan 5 kanak-kanak lelaki.

 

semua muka manis je senyum nak berjalan ke Pulau Pangkor ye

 

Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor, ada anak yang bukak kisahnya.. Dia tak pernah dibawa berjalan dengan ahli keluarga sendiri, jika mahu ikut perlu ada duit poket sendiri. Kadang-kadang hidup ini bukan semuanya indah. Pelbagai ujian dan dugaan yang akan datang selagi kita masih bernyawa..

Berkat rezeki yang Allah kurniakan kepada Rumah Nurul Iman inilah yang mampu membawa anak-anak bercuti di tempat yang cantik dan seronok. Cumanya, tiada aktiviti laut sebab semua anak-anak yang pergi tu pun takut nak main aktiviti laut.

 

Jam 2 petang, anak-anak selamat tiba di Teluk Nipah Pulau Pangkor

Selesai makan nasi ayam penyet., anak-anak bergegas masuk ke chalet untuk tukar pakaian mandi. tak sabar untuk turun ke laut. tengah hari rembang pun masih mahu mandi laut..

 

Berpanas pun tak apa. Janji “handsome”

 

Puas melihat anak-anak seronok walaupun ada yang menangis dalam hati sebab kawan yang lain tak dapat nak ikut 😀 selesai hari pertama di Teluk Nipah Pulau Pangkor.

 

Sekian, Terima Kasih. Thank You.   شكرا لك

 

BERSAMA BERAMAL

LAMANWEB RASMI              AKAUN SUMBANGAN                HUBUNGI KAMI

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of