+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

BERSAMA PELAJAR USM 3H2M

BERSAMA PELAJAR USM 3H2M

sudah sampai di homestay belakang nurul iman..

 

 

Assalamualaikum dan salamsejahtera kepada semua pembaca blog pada hari ini.

Sekian lama tidak berupdate blog Nurul Iman. Jadi mulai kini kena la update selalu dengan aktiviti yang pernah dijalankan di Rumah Nurul Iman.

 

Pada Mac 2017 sekumpulan pelajar dari Universiti Sains Malaysia datang melawat serta mengadakan aktiviti selamat 3 hari 2 malam bersama Putera Puteri Nurul Iman. Sangat-sangat terhibur dengan gelagat anak-anak dan juga para pelajar yang mengikuti program “PROJEK SENYUM SELALU” 🙂

 

Di sebalik tawa riang ria itu pastinya terselit sedikit hujan yang membasahi pipi di mana terdapat slot-slot tazkirah yang membabitkan emosi anak-anak mahupun para pelajar sekalian.

 

Sesi Perkenalan Bersama Anak-anak

Hari pertama mestilah didahulukan dengan mengenal antara satu sama lain. Bak kata orang zaman dahulu, tak kenal maka tak cinta 😛

 

 

Pembahagian kumpulan juga dijalankan pada malam sesi perkenalan

Bila dibahagikan kumpulan ni.. automatik dikaitkan dengan pertandingan latihan dalam kumpulan ataupun bersaing untuk maraih gelaran juara lah kan.

 

 

pelbagai aktiviti ada kakak dan abang dari USM ni buat.. tak jemu adik-adik bermain

Selalunya, ada belon mesti ada majlis kan.. tapi ini bukan majlis.. main letup-letup ni.. dalam belon letak pula tepung. habiskan siapa yang kena nanti kan.. 😀

 

Selesai untuk hari yang pertama. Kejap lagi kita sambung untuk hari kedua yang lebih banyak gambar suka riang ria anak-anak nurul iman dan para pelajar..  😀

 

BERSAMA BERAMAL

 

LAMANWEB RASMI                      AKAUN SUMBANGAN                         HUBUNGI KAMI

 

 

 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of