+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Program Bersama Universiti Teknologi Petronas

Program Bersama Universiti Teknologi Petronas

Hai, selamat datang ke berita Rumah Nurul Iman. Masak apa hari ni dekat rumah? kalau tengah cari menu dekat google tu terjumpa pula artikel ini, klik la kejap tau, sambil-sambil baca berita Rumah Nurul Iman. Kadang orang tak perasan kewujudan kami di alam maya 😀

Hari ini adik-adik di Nurul Iman ada program bersama pelajar-pelajar UTP. Program “DOWN TO THE EARTH” ini dihadiri seramai 30 orang pelajar dan seorang pensyarah. Pelajar-pelajar ini tiba di Rumah Nurul Iman seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang.

Bermula dengan sesi perkenalan antara pihak pengurusan Rumah Nurul Iman dan pihak UTP seterusnya dengan adik-adik. Pelbagai aktiviti yang kreatif dilakukan bersama adik-adik di sini. Antaranya “spider box, musical chair dan abu says”. Aktiviti membersih kawasan Rumah Nurul Iman juga dilakukan bersama adik-adik di sini. Sungguh seronok adik-adik ni kemas asrama, padahal hari-hari kemas asrama. 😛 Biasalah kan, bila bersama masyarakat, adik-adik di sini akan lebih teruja walaupun benda itu telah menjadi rutin harian. 😀

Alhamdulillah, semoga kita jumpa lagi di masa akan datang. Datanglah jenguk adik-adik di sini. Tidak ada halangan dari kami pihak pengurusan. Semoga silaturahim yang terbina tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas . Semoga berpanjangan. In Shaa Allah.

Jumpa di posting yang seterusnya ya teman-teman admin 🙂

Sekian. Terima Kasih

Bersama Beramal

LamanWeb Rasmi Akaun Sumbangan Hubungi Kami

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of