+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Sihat Dengan Bersukan

Sihat Dengan Bersukan

Hai, apa khabar? Sihat ke awak yang tengah baca berita Rumah Nurul Iman ni?? Alhamdulillah, anak-anak di sini sihat-sihat belaka. Hari ini admin nak bagitahu satu alam maya yang anak-anak Nurul Iman menang tempat ke 3, 2, 1 dalam acara sukan tahun ini.

Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua telah mengadakan sukan tahunan pada 12 Mac 2020. Apabila dengar je aktiviti sukan, anak-anak mula la tak sabar-sabar nak pergi latihannya. Alhamdulillah dengan selalu menghadiri latihan sukan, ada juga yang mendatangkan hasilnya.

wahhhhh.. siapa punya ni ye?? hebatnyaaa 😀
Dari kiri Sheera, Masyira, Marisya, Juamri dan Fakhri 🙂

Kita mulakan dengan Sheera. Sheera 11, Johan dalam acara 4x100m… wahh. hebatkan adik Sheera walaupun badannya agak berisi, tapi kuat berlari juga tau. Jangan terkejut ye. 😛

Seterusnya, Masyira 12, Naib Johan dalam acara 4x100m, tempat ketiga dalam acara 200m dan 4x100m bagi kategori jemputan. Fuhh, sekali 3 adik Masyira kita ni ambil tempat ye. Bagus-bagus, bagi semangat dengan adiknya Marisya. 🙂

Diteruskan dengan Marisya 10, tempat ketiga dalam acara 4x100m. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Teruskan usaha ye..

Kemudian, Juamri 12, Naib Johan dalam acara 4x100m dan tarik tali. Badan je kecil molek tetapi tarik tali kuat juga la kan dapat nombor 2. Kecil-kecil cili padi ye kawan-kawan. 😛

Terakhir, Fahkri 10, Naib Johan dalam acara 4x100m. Tahniah adik Fahkri, admin terkejut tau adik Fahkri boleh dapat nombor dua dalam acara 4x100m walaupun adik Fahkri ada penyakit semput yang tidak kronik tetapi berani ambil cabaran untuk menyertai sukan. Semangat yang bagus, jiwa anak kecil yang berkobar-kobar dengan sukan. 🙂

Alhamdulillah, sampai sini sahaja nukilan admin kali ini ye. Kita jumpa di lain masa, lain hari tapi di laman berita yang sama. Wassalam 🙂

Sekian. Terima Kasih

Bersama Beramal

LamanWeb Rasmi Akaun Sumbangan Hubungi Kami

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of