+6055260071
+6055280071
admin@nuruliman.org.my

Virus Covid 19

Virus Covid 19

Assalamualaikum, hai semua. Semoga kita dalam keadaan sihat sejahtera. In Shaa Allah. Hari ini admin digemparkan dengan berita yang sangat sedih untuk kita semua. Kerajaan telahpun mengumumkan Perintah Perkawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian Covid 19 ini.

Kami di Rumah Nurul Iman sangat terkesan dengan pengumuman tersebut kerana kami terpaksa tutup asrama sementara waktu untuk tetamu-tetamu yang setia hadir dan membantu kami di sini.

Oleh yang demikian, segala program yang melibatkan kemasyarakatan serta berbuka puasa kami tidak akan terima sehingga gejala ini benar-benar pulih.

Rumah Nurul Iman jelas sekali dengan wabak yang super bahaya ini, jadi pencegahan yang diambil oleh pihak kami adalah mop lantai menggunakan peluntur, bagus tangan menggunakan dettol, mengelap meja makan dan buffet dengan dettol, anak-anak akan diberikan vitamin c setiap hari dan memeriksa suhu badan.

Bersama-sama kita putuskan rantaikan Covid 19 ini agar kita semua boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala. Amalkan penjarakan sosial bila di luar, bukan kerana Covid 19 ini sahaja teruskan lalukan sedemikian rupa agar kita boleh kekal sihat. Amalkan penggunaan hand sanitizer dan pengunaan tisu bukan sapu tangan agar kuman tidak merebak ke orang lain.

Walaupun dengan penutupan asrama sementara waktu, Rumah Nurul Iman masih beroperasi ye kawan-kawan. Adik-adik masih lagi berada di sini cuma tutup untuk tetamu yang datang melawat.

Sekian. Terima Kasih.

Bersama Beramal

LamanWeb Rasmi Akaun Sumbangan Hubungi Kami

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of